Press Here

Thursday, May 5, 2011

Usah Malu Mengucapkan Perkataan "TOLONG, TERIMA KASIH & MAAF"

SUKAR SANGATKAH KITA MAHU MENGUCAPKAN TOLONG, TERIMA KASIH & MAAF???KITA SELALU MENDENGAR, KALAU ORANG MEMBERI KITA MERASA, KALAU ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.......TIDAK KIRA DI MANA DAN BILA, SELALULAH UCAP KAN TERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG MEMBERI DAN MEMBANTU KITA, WALAU SEKECIL MANA PUN PERTOLONGAN YANG DI BERIKAN.  BEGITU JUGA BILA ORANG MEMUJI, UCAPKANLAH TERIMA KASIH, BUKANNYA "TAKDE LA" IA BUKAN BERMAKNA RIAK TETAPI BERSYUKUR DENGAN KATA-KATA DAN PUJIAN YANG DI BERIKAN.  BUKANNYA PERLU DI BAYAR PUN UCAPAN TERSEBUT, ASAL KAN KITA MENGUCAPKAN DENGAN IKHLAS DAN  BERIKAN SENYUMAN SEWAKTU MENGUCAPKANNYA...........

Malu?  Kenapa harus malu kerana bila kita berterima kasih ia sebenarnya membawa kebaikan dan perkara yang baik tidak harus malu.  Sedangkan memaki hamun dan mengucapkan perkataan yang tidak bagus sesama manusia tidak pula kamu malu.  Sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih tersebut akan menimbulkan rasa gembira dan bahagia kepada orang yang mendengar serta dapat mengeratkan silturahim sesama kita....tidak percaya cuba la praktikkan daripada sekarang....barulah kita dikatakan berbudi bahasa.  



Bukankah kita sering diajar bila diberi sesuatu, kita harus berterima kasih.  sedih saya melihat semakin lunturnya budi bahasa orang sekarang.  apa salahnya kita mengucapkan terima kasih buat orang yang membantu.  mereka bukan meminta pun tapi sekadar berbudi bahasa...bukankah sejak dari kecil lagi kita di ajar untuk berterima kasih tetapi kita sendiri melupakannya....masihkah ingat setiap hari di sekolah kita mulakan hari dengan ucapan 'ucapan selamat pagi cikgu' dan bila berakhir kelas, akan di akhiri dengan ucapan 'terima kasih cikgu'.....


Bila kita tidak tahu berterima kasih, kita tergolong dalam manusia yang sombong....pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kita, apatah lagi kepada Allah kerana memberi kehidupan yang sempurna, rezeki yang halal dan segala keindahan dalam hidup kita.  adakah kita sedar bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah rahmat dan sekiranya seseorang tidak tahu berterima kasih, dia bukanlah seorang yang bersyukur.   bersyukur itu penting kerana apabila kita tahu bersyukur, kita tahu menghargai apa yang kita ada....

Sebagai manusia sudah tentu kita tidak sempurna, ada ketikanya apa yang kita buat tidak betul, jadi tidak salah kita meminta maaf.  apa yang mahu dilakukan oleh orang lain, minta dengan perkataan tolong dan bila telah sempurna sesuatu tugasan, ucapkanlah terima kasih......buat apa malu untuk meminta maaf????tidak akan jatuh harga diri seseorang dengan meminta maaf atau berkata tolong....malahan orang lebih ramai rela membantu dengan ikhlas apabila kita berbudi bahasa......ingatlah, kita hanya punya dua tangan dan kaki sahaja dan tidak boleh membuat semua perkara dalam satu masa.  bila kita mahu meminta pertolongan tidaklah kita malu.....hidup ini umpama tarik tali, ada masa kita ke depan dan ada masa kita kebelakang....bila kita saling membantu barulah hidup membawa berkat.

Hulurkan tangan di waktu orang memerlukan.  jangan hanya memikirkan ganjaran dalam setiap apa yang dilakukan kerana percayalah ganjaran akan datang jua walaupun tanpa kita sedari...Tuhan Maha Melihat dan Maha Mengetahui....Haruslah jangan berat mulut dalam mengucapkan tiga perkataan tersebut....lihatlah, pasti akan membawa perubahan positif dalam kehidupan kita.......








No comments: