Press Here

Thursday, April 28, 2011

hidup harus terus berjalan..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja.. Tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang..

Kadang kehadiran cinta yang tidak berbalas tidak seharusnya membuatkan kita terus lemah dalam mengejar erti realiti.. Sedarlah cinta bukan terletak pada satu impian yang kita cari selama ini.. Merasai masih ada nilai cinta seharusnya kita bersyukur kerana dalam hati kita masih ada ruang untuk berharap pada satu pautan..

Dan kadang cinta tidak berbalas seharusnya membuatkan kita lebih bersemangat dengan lebih membara kerana kita yakin akan sesuatu yang belum pasti.. Bersabarlah menghadapi peritnya pertemuan dalam perpisahan.. Dan sabar itu harus ada..

Kata orang untuk jatuh cinta hanya sekejap saja.. Hanya sekelip mata saja kita telah jatuh cinta.. Dan untuk melupakan seseorang yang kita cintai itu akan mengambil masa seumur hidup kita.. Itu kata orang yang tak bersemangat.. Sejauh mana kebenaran? Sedangkan kita manusia.. Mengapa perlu menghukum diri untuk sesalan seumur hidup..

Bersemangatlah duhai jiwa yang lara.. Cinta tidak seharusnya memiliki.. Dan cinta juga tidak seharusnya bahagia..

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
Jika tiada cinta si dia, mengapa harus di hukum kehadiran cinta yang baru?
bentuklah ia smula...

dan serahkannya pada yg ILLAHI....................

4 comments:

Unknown said...

cinta itu pasti datang kalau kita tidak kejar atau mendapatkannya mengikut nafsu.cinta itu ibarat bayang2.sentiasa hampir dgn kta tanpa kta sedari.makin kita kejar,makin pula jauh cinta itu berlalu pergi. selama ini kita tidak sedar siapa yang melahirkan perasaan suka,kasih,sayang dan cinta itu sebenarnya. kasih kan Allah,cintakan Allah,insyaallah Allah akan kurniakan cinta sejati buat kita selama-lama nya.

Janji Allah itu pasti.

Unknown said...

kejar cinta ALLAH baru dpt cinta didunia ,,kita kejar cinta akhirat ,ALLAH berikan yg terbaik cinta dunia kita..kemanisan cinta itu dtg jika kita memcari dengan mengharapkan keredhaan dari ALLAH ,,insyaALLAH....

Ismi Faizura said...

bila dr love sudah berkata2.....:)

Ismi Faizura said...
This comment has been removed by the author.