Press Here

Friday, May 6, 2011

KHAS BUAT IBU KAMI PUAN FADHILAH....:)

bila memasuki bulan Mei setiap tahun sambutan Hari Ibu akan di raikan di seluruh dunia...tapi bagi kami adik beradik setiap hari adalah hari ibu......buat ibu kami Puan Fadhilah...tidak ternilai segala jasa dan penorbanan mak selama ini.....tidak akan kaklkulator yang mampu menilai segala kebaikan, jerit payah dalam membesar kan kami adik beradik.....

terima kasih yang tidak terhingga kerana menjaga kami lima beradik dengan segala kepayahan....banyak yang telah kita lalui bersama......tidak kira susah dan senang....tak kira apa yang berlaku mak sentiasa bersama kami.....mak tidak pernah mengeluh bila kita sama-sama dalam kesusahan...kekuatan dan ketabahan mak yang paling kami adik beradik kagumi.....

mak tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan selepas membesar kan kami sehingga kami mencapai ke tahap ini.....mak tidak pernah peduli pada setiap cacian orang mengenai keluarga kita...mak sentiasa kuat dan tidak melatah dalam apa jua yg berlaku.....kerana kekuatan yang mak ada buat kami semua yakin untuk meneruskan pembelajaran sehingga kini....berkat doa mak dan abah kami berjaya sehingga ke tahap ini.....kami bangga mempunyai ibu bapa seperti mak dan abah.....

buat mak.....anak-anak mu Along, Azie, Erfa, Fatin dan Adik sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk mak dan abah.....kami janji akan membahagiakan mak dan abah di dunia dan akhirat.....kami sayang kan mak dan abah lebih dari segala nya......segala jasa dan pengorbanan mak dan abah tidak dapat kami bayar dengan segunung intan sekali pun.......

Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat.................WE ALL LOVE U MUM.....:))
http://www.youtube.com/watch?v=DS8gXDJ9NQE

No comments: